PROGRAM PSIKO PENDIDIKAN: “CELIK IT” ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN BERSAMA PEDi TAMAN CENDANA

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Cendana

Nama VIP:
Encik Abdul Syawal Nurhaizad (Ketua AADK Daerah Johor Bahru)

Ringkasan Aktiviti:
Peserta mendengar talk yang disampaikan oleh pegawai PEDi mengenai Pengenalan kepada Internet dan kebaikannya, Pengenalan mengenai aplikasi terkini dan cara menggunakannya (Grabfood dan GrabCar), serta Fungsi Media Sosial buat usahawan tempatan. Kesimpulannya, program yang diadakan memberikan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan Internet buat masa kini kepada usahawan tempatan sebagai medium untuk memasarkan produk mereka secara atas talian.

Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan Internet pada masa kini.
• Memberi pendedahan mengenai cara menggunakan aplikasi terkini seperti Grabfood dan Grabcar.
• Menerangkan jenis media sosial yang boleh digunakan dan fungsi-fungsinya.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 9.00 AM – 9.30 AM: Pendaftaran & Sarapan Pagi
• 9.30 AM – 9.45 AM: Taklimat dari penyelaras program
• 9.45 AM – 10.30 AM: Sesi 1: Talk Pengenalan kepada Internet serta kebaikannya.
• 10.30 AM – 11.30 AM: Sesi 2: Talk Pengenalan kepada Aplikasi terkini dan cara menggunakannya.
• 11.30 AM – 12.30 PM: Sesi 3: Talk Fungsi Media Sosial.
• 12.30 PM – 1.00 PM: Soal jawab, sesi bergambar, kibar jalur gemilang, makan tengah hari dan program bersurai.

Kelebihan:
• Komuniti dan usahawan setempat di Taman Cendana khususnya diberikan maklumat mengenai kepentingan penggunaan Internet dalam aktiviti seharian serta menjadikan media sosial sebagai medium untuk memasarkan produk mereka.
• Komuniti setempat mendapat pendedahan mengenai cara menggunakan aplikasi terkini seperti Grabfood dan Grabcar untuk memudahkan urusan harian mereka.
• Komuniti setempat mempunyai pendedahan tentang media sosial dan fungsi-fungsinya dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama