Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK & S.A.F.E INTERNET
Aktiviti Terkini | 23 September 2024Taklimat ini disampaikan oleh Staf NADI Bandar Seri Alam, Taman Cendana & Taman Desa Rakyat Perdana. Peserta adalah dari kalangan guru sesi pagi & petang dan pelajar tingkatan 1,2,3,4,& 5.........baca selanjutnya
BASIC ENTREPRENEURSHIP – USAHAWAN CILIK (LEGO FLOWER BOUQUET)
Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2024Peserta diberi tunjuk ajar cara menghasilkan mini jambangan bunga yang diperbuat daripada bahan LEGO. .......baca selanjutnya
BASIC ENTREPRENEURSHIP – CIPTA STICKER PRODUK PERNIAGAAN
Aktiviti Terkini | 3 Julai 2024Peserta diberi tunjuk ajar cara cipta sticker produk perniagaan menggunakan aplikasi https://picsart.com/.......baca selanjutnya
BASIC ENTREPRENEURSHIP – CIPTA VIDEO CONTENT PERNIAGAAN
Aktiviti Terkini | 16 Jun 2024Peserta belajar mencipta video content untuk mempromosikan barang dan produk jualan menggunakan aplikasi Capcut.......baca selanjutnya
BASIC ENTREPRENEURSHIP – DASAS PENGENALAN SHOPEE
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2024Pihak NADI memberikan pengetahuan asas mengenai website Shopee......baca selanjutnya
BASIC ENTREPRENEURSHIP – DEVELOPING YOUR BUSINESS
Aktiviti Terkini | 15 April 2024Pihak NADI memberikan pengetahuan asas cara untuk menghasilkan poster & infografik iklan bagi jualan......baca selanjutnya
ENTREPRENEURSHIP – EDITING GAMBAR & POSTER
Aktiviti Terkini | 1 Mac 2024Program ini adalah latihan untuk para usahawan dan belia belajar membuat editing gambar poster & membuat poster promosi.....baca selanjutnya
PROGRAM ILMU DI PEDI TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2024Dapat memperkenalkan dengan komuniti Pasir Gudang mengenai NADI Taman Cendana....baca selanjutnya
PROGRAM PENDAFTARAN PADU DI PEDI TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024Memudahkan komuniti untuk mendaftarkan diri di dalam website PADU yang dibantu oleh pihak DOSM dan PEDi...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya