Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KEM CUTI SEKOLAH BERSAMA PEDI TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 19 Disember 2023Dapat memperkenalkan dengan komuniti Pasir Gudang mengenai PEDi Taman Cendana.....................baca selanjutnya
PROJEK ROBOTIK (DIY MINI CAR SOLAR)
Aktiviti Terkini | 10 November 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar tentang kelas STEM IOT yang diadakan setiap minggu....................baca selanjutnya
CELCOMDIGI YOUNG DIGITAL INNOVATORS PROGRAM -DROBOTICS
Aktiviti Terkini | 13 & 14 Oktober 2023Dapat mengeratkan hubungan staff PEDi dengan pihak UITM Pasir Gudang...................baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK, S.A.F.E DAN KEUSAHAWANAN DIGITAL
Aktiviti Terkini | 27 September 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar dan petugas di IKTBN ini.................baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN KITAR
Aktiviti Terkini | 10 September 2023Memperkenalkan PEDi dan fungsi PEDi kepada murid-murid..................baca selanjutnya
PROJEK ROBOTIK (DIY MINI FAN)
Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar tentang kelas STEM IOT yang diadakan setiap minggu................baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL DAN KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar dan petugas di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang................baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK KOTA MASAI 3
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SK Kota Masai 3...............baca selanjutnya
CABUTAN HADIAH UNTUK AHLI PEDi TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 23 - 25 Jun 2023Menghargai ahli PEDi Tmn Cendana dengan hadiah menarik yang akan mereka dapat...............baca selanjutnya
RIANG RIA RAYA
Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023Dapat memperkenalkan dengan komuniti setempat mengenai PEDi Taman Cendana..............baca selanjutnya
PROGRAM KUIZ RAMADHAN & KDB
Aktiviti Terkini | 7 April 2023Dapat memperkenalkan dengan komuniti setempat mengenai PEDi Taman Cendana.Menambah ahli PEDi.............baca selanjutnya
PROGRAM ENTREPRENUER TALK
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2023Membina suatu kerjasama untuk program akan datang bersama dengan pelajar politeknik dan pensyarah............baca selanjutnya
PROGRAM AKTIVITI CUTI SEKOLAH (EDUCATIONAL & MIND GAME)
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2023Dapat memperkenalkan dengan komuniti Pasir Gudang mengenai PEDi Taman Cendana...........baca selanjutnya
PERTANDINGAN WORD SEARCH ONLINE
Aktiviti Terkini | 13 Januari 2023Mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat dangan “staff” PEDi..........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya