Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM
Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Rumah Pangsa Sri Alam 2017
Aktiviti Terkini | 25 November 2017Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran. Penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cendana 2017
Aktiviti Terkini | 18 November 2017Penduduk sekitar Taman Cendana dan ahli yang berdaftar dengan Pusat Internet Taman Cendana serta pelajar-pelajar sekolah rendah dan tadika berdekatan... baca selanjutnya
Gotong – royong membersihkan kawasan luar dalam PI1M
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2017Program ini bertujuan untuk mengekalkan persekitaran luar dan dalam PI1M yang bersih serta selesa disamping mengeratkan sikap kerjasama antara penduduk dan staff PI1M... baca selanjutnya
Kuiz Menjawab Soalan UPSR
Aktiviti Terkini | 2 September 2017Program ini bertujuan untuk membuat persediaan peperiksaan UPSR kepada pelajar darjah 6 pada tahun ini dengan mengadakan kuiz dan soal jawab di... baca selanjutnya
Majlis Perasmian PI1M Taman Desa Rakyat Perdana, Johor
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017Bertujuan untuk penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya
PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya
Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah
Aktiviti Terkini | 28 April 2017Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya
Sukan Rakyat Muafakat Komuniti Zon Cendana Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor
Aktiviti Terkini | 23 Mac 2017Aktiviti ini bertujuan menyambut hari Keputeraan Sultan Johor, mengeratkan hubungan antara penduduk Taman Cendana dengan bersukan dan... baca selanjutnya
Pertandingan Menyusun Puzzle
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan Kanak-kanak penduduk Taman Cendana... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Taman Cendana ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Cendana seperti kelas komputer dan sebagainya.
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya