Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020SAMBUTAN MAULIDURASUL SAW 1441H/2019M PERINGKAT TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2019Tujuan program ini dijalankan adalah untuk sambutan Maulidurasul Peringkat Taman Cendana...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini |4 November 2019Memberi pendidikan kepada pelajar darjah 4 & 5 tentang penggunaan internet dan kawal selia kendiri internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK BANDAR SERI ALAM
Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2019Memberi pendidikan kepada pelajar darjah 6 tentang penggunaan internet dan kawal selia kendiri internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2019Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya
PERTANDINGAN ORIGAMI KREATIF
Aktiviti Terkini | 13 September 2019Menggalakkan pelajar supaya terus meningkatkan pengetahuan terutamanya dalam penguasaan teknologi kini berkaitan Video Tutorial...baca selanjutnya
PROGRAM LAYARI MERDEKA DIHUJUNG JARI DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (MPPG)
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019Program ini akan memberikan manfaat kepada peserta berkaitan dengan memperluaskan pengetahuan dan pendedahan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi...baca selanjutnya
PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2019Mendedahkan kanak-kanak kepada kebaikan penggunaan komputer disamping mereka dapat belajar focus untuk menyelesaikan puzzle tersebut dalam masa yang telah ditetapkan...baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 28 Jun 2019Tujuan Jamuan ini adalah untuk meraikan Hari Raya bersama ahli-ahli Pusat Internet Taman Cendana dengan menjamu makanan dan mengadakan aktiviti yang menarik seperti cabutan bertuah dan memakai pakaian tradisional Hari Raya....baca selanjutnya
Ramadan Word Search
Aktiviti Terkini | 11 Mei 2019Pertandingan mencari silang kata sempena Bulan Ramadan di dalam Bahasa English... baca selanjutnya
Kursus E-Usahawan Pelatih Giatmara
Aktiviti Terkini | 12, 19 & 26 April 2019Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan keusahawanan dan memberi tunjuk ajar kemahiran yang perlu ada di dalam keusahawanan... baca selanjutnya
Pertandingan Membuat Karangan
Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019Program ini dijalankan adalah untuk mengisi masa lapang kanak-kanak sempena cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah... baca selanjutnya
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) SMK Taman Scientex
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2019Bertujuan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna internet yang lain... baca selanjutnya
Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet
Aktiviti Terkini | 16 Januari 2019Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan dan menyampaikan kepada team Kluster Kluang modul Klik Dengan Bijak yang terkini. Modul ini telah dikemaskini oleh SKMM dengan isu semasa... baca selanjutnya