Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Hari Bersama Komuniti 2018 Pusat Internet Taman Desa Rakyat Perdana
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah bersaman komuniti... baca selanjutnya
Forum perdana & Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Aktiviti Terkini | 28 November 2018Sambutan Maulidur Rasul bertemakan “ISLAM MEMIMPIN” itu merupakan program yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam dan masyarakat Islam sekarang dalam era globalisasi kemajuan berlandaskan agama... baca selanjutnya
Program World Clean Up Day
Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2018Menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan memupuk semangat berkerjasama di antara pelbagai kaum, agama dan bangsa bagi memastikan kebersihan bandar... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak Bersama pelajar Tabika Kemas
Aktiviti Terkini | 23 & 30 September 2018Program ini dijalankan adalah untuk membuat Klik Dengan Bijak di Tabika sekitar Taman Cendana... baca selanjutnya
Mini Karnival Sayangi Malaysiaku
Aktiviti Terkini | 15 September 2018Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya
PI Bersama Tahfiz
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018Pengenalan kepada komuniti Kg Melayu Raya berkaitan kewujudan Pi Pekan Nanas di Bangunan Majlis Daerah Pontian Cawangan Pekan Nanas... baca selanjutnya
Pertandingan Membuat Origami
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2018Peserta harus menonton cara-cara membuat bentuk origami yang telah dipilih melalui laman youtube sambil membuat origami tersebut dan menghafal step-step origami tersebut... baca selanjutnya
Program Jamuan Raya Tema Potluck Kuih Raya
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018Program ini dijalankan adalah sempena dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri disamping dapat mengeratkan lagi hubungan dengan Ahli Pusat Internet dan Bukan Ahli pusat Internet... baca selanjutnya
Program Penghayatan Bulan Ramadhan dan Pengagihan Buah Kurma
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018Program ini dijalankan adalah sempena dengan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini disamping mengadakan pengagihan buah kurma kepada pengunjung Pusat Internet... baca selanjutnya
Program Latihan Keselamatan Kebakaran & Cara Penggunaan Alat Pemadam Api
Aktiviti Terkini | 29 April 2018Bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang kebakaran dan cara mengatasi ketika berlaku kebakaran... baca selanjutnya
Pertandingan Memasang Mini Lego
Aktiviti Terkini | 17 Mac 2018Program ini bertujuan untuk menerapkan sifat positif kepada sifat semula jadi kanak-kanak yang suka sebarang permainan dengan barang permainan yang menguji minda. Selain itu dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pekerja pi1m dengan ahli-ahli pi1m yang terlibat... baca selanjutnya
Reka Cipta Bahan Terbuang
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018Program ini bertujuan untuk menerapkan unsur nilai tentang kepentingan amalan kitar semula. Selain itu dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pekerja pi1m dengan ahli-ahli pi1m yang terlibat... baca selanjutnya
Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)
Aktiviti Terkini | 4 Januari 2018Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya