Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya
Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang... baca selanjutnya
HARI PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2016Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Taman Cendana dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah Bin Abdul Rahman yang merupakan Ketua WHIP Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Semasa hari perasmian ini berlangsung pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat dan mengajak penduduk setempat datang ke PI1M... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.
Berita Terkini | September - November 2016Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya
BENGKEL KEUSAHAWANAN ASAS KOMPUTER SOFTWARE DAN HARDWARE
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016Bengkel ini bertujuan untuk mengajar pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) untuk menyelenggara komputer dari segi software dan hardware... baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016 BERSAMA KOMUNITI PENDUDUK BLOK 43, TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2016Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan di perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Cendana. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk blok 43, Taman Cendana bersama-sama pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia, dan... baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016. MEMPERKASAKAN REMAJA DIGITAL DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
Berita Terkini | Ogos 2016PROGRAM YDP MPPG TURUN PADANG DAN KARNIVAL KESENIAAN ISLAM MASJID AN-NUR TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 28 - 29 Mei 2016Program ini adalah untuk menyambut kedatangan YDP MPPG ke Taman Cendana dengan mengadakan majlis yang bertemakan kebajikan penduduk untuk menghayati keindahan kesenian Islam dan mendedahkan penduduk akan keindahan Islam dari pelbagai sudut serts memperkenalkan kemudahan yang terdapat di Taman Cendana... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Taman Cendana ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Cendana seperti kelas komputer dan sebagainya.
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya