RIANG RIA RAYA
Aktiviti terkini | 12 Mei 2023Tempat Aktiviti:
PEDi TAMAN CENDANA
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti:
Program ini dijalankan di PEDi Taman Cendana dengan penglibatan 25 orang peserta dari komuniti Taman Cendana terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Peserta berumur bawah 12 tahun menyertai pertandingan mewarna dan peserta berumur lebih 13 tahun menyertai pertandingan membuat kad raya yang menggunakan website canva.com. Kemudian semua peserta di berikan Taklimat Klik Dengan Bijak dan dibahagikan kumpulan untuk pertandingan meneka kuih raya.
Tujuan:
• Dapat memperkenalkan dengan komuniti setempat mengenai PEDi Taman Cendana.
• Program ini akan memberikan manfaat kepada peserta untuk mencungkil bakat kreativiti.
• Aktiviti bulanan yang berkaitan dengan tema Hari Raya Aidilfitri.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 03.00 petang : Pendaftaran & Taklimat Pertandingan
• 03.10 petang : 1)Pertandingan Mewarna (12 tahun kebawah)
2)Kelas Canva.com & Pertandingan buat kad raya menggunakan Canva.com (13 tahun keatas)
• 05.00 petang : Teka Kuih Raya (Kumpulan Kategori Bebas)
• 05.15 petang : Taklimat KDB & Kuiz KDB
• 05.45 petang : Penyampaian hadiah, sesi bergambar & bersurai
Kelebihan:
• Dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah bersama komuniti.
• Meningkatkan daya kecekapan minda para peserta.
• Mengajar peserta untuk menghasilkan kad yang menarik.
• Meningkatkan kecekapan mereka menggunakan komputer.
• Memberi pengetahuan mereka tentang KDB
• 6. Meningkatkan daya kreativiti para peserta
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: