PROJEK ROBOTIK (DIY MINI FAN)
Aktiviti terkini | 16 Ogos 2023Tempat Aktiviti:
PEDI Taman Cendana
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti:
Peserta akan dibahagikan 2 kumpulan. Bekerjasama dalam kumpulan masing-masing memasang sehingga siap model Mini Fan serta berfungsi dengan baik mengikut tahap kelajuan yang sepatutnya. Peserta akan diberikan video tutorial dan model mini fan yang telah siap dipasang sebagai rujukan. Peserta diberikan sijil penyertaan selepas tamat pertandingan ini.
Tujuan:
• Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar tentang kelas STEM IOT yang diadakan setiap minggu.
• Dapat memberi ilmu asas robotik kepada pelajar
• Belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan
• Peserta dapat belajar ilmu elektrik dan elektronik
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 3.00 – 3.15 Petang : Pendaftaran
• 3.15 – 4.30 Petang : Pertandingan projek bermula
• 4.30 – 5.00 Petang : Penyampaian hadiah, Penyampaian Sijil, Sesi bergambar & Bersurai
Kelebihan:
• Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang asas Robotik.
• Para pelajar dapat prektikkan menggunakan kemahiran mereka yang dibelajar disekolah dan kelas Microbit.
• Memperkenalkan kelas STEM IOT di PEDi
• Dapat mencungkil kemahiran (Do It Yourself) DIY mereka
• Mereka akan dapat ilmu berkaitan elektrikal dari projek ini
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: