PROGRAM TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 15 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Johor

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Program ini dijalankan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dengan penglibatan petugas PEDi Taman Cendana, PEDi Taman Desa Rakyat Perdana, dan PEDi Bandar Seri Alam.
Aktiviti program adalah berkenaan dengan taklimat dan penerangan Usahawan Digital and Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar-pelajar di Institut Latihan Perindustrian tersebut. Dihujung program diadakan kuiz bagi menguji kefahaman para pelajar.

Tujuan:
• Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar dan petugas di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang.
• Untuk memberi kesedaran cara penggunaan internet dengan betul dan selamat.
• Mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa scammer.
• Cara bagaimana langkah-langkah untuk mengatasinya.
• Penerangan lebih lanjut mengenai Rakan Digital di PEDi
• Kefahaman para pelajar mengenai Usahawan Digital.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 10.00 pagi : Ucapan dari pihak ILP dan Celcomdigi
• 10.15 pagi : Pengenalan mengenai PEDi
• 10.30 pagi : Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
• 11.00 tghari : Taklimat Usahawan Digital
• 11.30 pagi : Sesi kuiz
• 11.45 tghari : Slot penerangan dan agihan simcard dari Celcomdigi
• 01.00 tghari : Bersurai

Kelebihan:
Dapat memberi kesedaran kepada para pelajar di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang tentang bahayanya penyalahgunaan internet dan cara penggunaan yang betul . Para pelajar lebih memahami bagaimana untuk menggunakan internet dengan lebih selamat. Jika mereka menghadapi masalah seperti kena scam, mereka juga tahu cara-cara bagaimana untuk mengatasinya. Para pelajar juga akan lebih peka terhadap penggunaan internet yang betul serta lebih tahu ape yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam penggunaan gadjet, internet dan media sosial. Para pelajar juga diberikan penerangan mengenai tugas Rakan Digital di PEDi dan asas usahawan digital.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama