Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Penempatan Taman Cendana mula di duduki pada pertengahan tahun 1997. Ia merupakan Program Perumahan Rakyat, perumahan kos rendah dan penempatan asrama Pekerja yang berkonsepkan rumah pangsa 5 tingkat. Terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM BENGKEL KECANTIKAN BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2022Mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat dangan “staff” PEDi.........baca selanjutnya
PERTANDINGAN JINGSAW PUZZLE ONLINE
Aktiviti Terkini | 25 November 2022Mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat dangan “staff” PEDi.........baca selanjutnya
PERTANDINGAN SENI DOODLE ART
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2022Mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat dangan “staff” PEDi........baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI GAYA HIDUP & MINDA SIHAT
Aktiviti Terkini | 17 September 2022Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan Internet pada masa kini........baca selanjutnya
PROGRAM PSIKO PENDIDIKAN: “CELIK IT” ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN BERSAMA PEDi TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kepentingan Internet pada masa kini........baca selanjutnya
EDUCATION GAMES : TYPING TEST
Aktiviti Terkini | 15 Jul 2022Aktiviti latihan pembelajaran melalui permainan atas talian bersama ahli PEDi Taman Cendana.........baca selanjutnya
TUTORIAL MICROSOFT OFFICE WORD (“COPY PASTE” MENGGUNAKAN “CLIPBOARD”)
Aktiviti Terkini | 15 Jun 2022Berkongsi cara mudah menggunakan fungsi “copy” & “paste”.........baca selanjutnya
PROGRAM “DIRI” BERSAMA AGENSI ANTI DADAH JOHOR BAHRU
Aktiviti Terkini | 27 & 28 Mei April 2022Dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak kerajaan.........baca selanjutnya
LIVE FB: TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (CYBER GROOMING)
Aktiviti Terkini | 14 April 2022Berkongsi tentang keselamatan kanak-kanak ketika di dalam talian........baca selanjutnya
TAYANGAN FILEM : RIVERDANCE & KDB
Aktiviti Terkini | 25 Mac 2022Aktiviti santai bersama ahli PEDi Taman Cendana........baca selanjutnya
SAMBUTAN MAULIDURASUL SAW 1444H/2022M PERINGKAT TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 27 Februari 2022Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk sambutan Maulidurasul peringkat Taman Cendana........baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG-ROYONG DI PEDI TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 14 Januari 2022Tujuannya adalah mengeratkan hubungan silaturahim antara staff dan ahli PEDi Taman Cendana........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya