PROJEK ROBOTIK (DIY MINI CAR SOLAR)

Aktiviti terkini | 10 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Cendana

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Peserta akan dibahagikan 4 kumpulan. Peserta bekerjasama memasang sehingga siap model Mini Car Solar serta dapat berfungsi dengan baik menggunakan cahaya matahari. Peserta akan diberikan video tutorial sebagai rujukan. Peserta diberikan sijil penyertaan selepas tamat pertandingan ini.

Tujuan:
• Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar tentang kelas STEM IOT yang diadakan setiap minggu.
• Dapat memberi ilmu asas robotik kepada pelajar.
• Belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan.
• Peserta dapat belajar ilmu elektrik, elektronik serta sistem solar.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 3.00 – 3.15 Petang : Pendaftaran
• 3.15 – 4.30 Petang : Pertandingan projek bermula
• 4.30 – 5.00 Petang : Penyampaian hadiah, Penyampaian Sijil, Sesi bergambar & Bersurai

Kelebihan:
• Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang asas Robotik.
• Para pelajar dapat praktikkan menggunakan kemahiran mereka yang dibelajar disekolah dan kelas Microbit.
• Memperkenalkan kelas STEM IOT di PEDi
• Dapat mencungkil kemahiran (Do It Yourself) DIY mereka
• Mereka akan dapat ilmu berkaitan elektrikal dari projek ini

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama